Jumaat, 23 September 2011

Kenapalah susah sangat nak tengok kawan-kawan aku 'reply' text haaaa?!
Kalau aku yang tak 'reply' nanti tahu pula cakap macam-macam **hish geram ni weyyyy!
Susah sangat yaa? Okayy Finee, Alhamdulilah :) Anda semua menguji kesabaran saya :)
Terima Kasih :(
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Rabu, 21 September 2011

Tiga Malam Tanpa Bintang okay


Tiga Malam Tanpa Bintang

Malam terakhir dek sebelum malam ketiga, dalam rinai hujan seolah mengetahui gerimisnya bederai laju perasaanku.
Hujan tanpa henti sebagai harapan terus berharap.
Malam ketiga tanpa bintang, Bintang dan Bulan diselimuti awan mendung seolah mengetahui setiap yang berlaku dimuka bumi.
Awan mendung cuba menahan titisan hujan daripada jatuh kebumi tetapi tidak mampu bagi awan untuk menangguk beban titisan air :)

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Jumaat, 9 September 2011

Eh, dah habis raya! yeyeh~

 Assalamualaikum WBT :) Hai Hoi Wey! How are you ha? Muka happy jelah yaa dapt duit raya ke duit korang dah habis? Kee ada yang tak dapt duit raya :D **patut ketat je muka.
 Oh sorry ya, tetiba update terus title 'dah habis raya', mukadimah pun tkde. Maaf. So, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN (if ada terkutuk terngumpat) atas segala dosa yang ana ada buat sama anta sama ada sengaja ataupun tidak. Maafkan yaa :)
 Bagi ana, suasana ray sangat dan amat tidak dirasai kerana date of trial jatuh pada hari ke 8 Syawal. Dah tak menyempat untuk semuanya. Ni pun ada time 'kidnaped' untuk update apa yang patut. Anyway, doakan ana dan teman-teman ana yang merupakan SPM CANDIDATE BATCH 2011 success yaa. Amin, TerimaKasaih Daun keladi, jasa anda dibawa mati :) Assalamualaikum.
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Khamis, 18 Ogos 2011

B E R S I H :)

 Assalamualaikum WBT :)
 First let you must know, about TITLE. BERSIH? Okayy, ini bukan pasal "perhimpunan" itu tapi ini kisah pasal diri saya yang ingin membersihkan segala salah faham makhluk-makhluk dimuka bumi ini. Ehh, umum sangat tu. Mengenai rakan-rakan yang menuntut di SMKTKU.

 AWAKAWAK semua, dengar sini very carefully. Apa yang AWAKAWAK lihat selama ini saya berjalan ke kantin, kelas, surau, makmal dan segala tempat persekitaran kecuali ladies lahh kan, AWAKAWAK ada terlihat saya bersama dengan seorang lelaki yang cukup mesra dalam kurungan macam ada apa-apa. Kan? Pleasee, jangan buat andaian yang surely anda tak pasti. I know, mulut AWAKAWAK tu AWAKAWAK punya suka tapi dengar NI, saya taknak disebabkan salah faham AWAKAWAK menganai statement saya, tak pasal-pasal, Alhamdulilah pahala saya bertambah, terimakasih AWAKAWAK dan AWAKAWAK akan mengambil alih segala dosa saya. Kasihan AWAKAWAK kann.

 Jadi disini saya ingin memohon maaflah juga pada AWAKAWAK yang telah atau akan menimbulkan kemusykilan mengenai saya dengan orang yang saya kehulur-hilir bersama seperti belangkas dalam kurungan berlainan jantina. Disini juga ada beberapa ayat penerangan untuk AWAKAWAK make-it explain supaya AWAKAWAK jelas. Ehem, saya dan dia memang rapat. Kami teman tapi mesra bak kata Auntie Rossa. Okayy? Dialah satu-satunya kumbang melayu dalam kelas saya. Dia baik dan agak gila-gila. Dia duduk betul-betul sebelah saya TAPI.....kami tak berdua, INGAT TU! Kami berempat. Semua classmate memang rapat dengan dia bukan saya sahaja. Cuma kadang-kadang AWAKAWAK ternampak secara kebetulan kami sedang berdua. Ehh, ada ke? Tak ada okay! Sebab even kami berdua, didepan dan belakang masih ada rakan-rakan yang lain.

 Lagi-lagi, disebabkan dia ni jenis open minded kan, thats why saya selesa rapat dengan dia. Dia tak kemut dan dia tak lokek okay! Apa prob dia,dia story and dia juga sudi tolong menjadi pendengar dan penasihat kepada kawan-kawan dia yang lain termasuk saya. So, siapalah yang taksuka rapat dengan orang yang macam ni kan?

 Baiklah AWAKAWAK, janganlah anggap berjalan bersama sebelah-sebelah je tu bermakna couple. Gelak sama-sama pun couple. Tolong okayy? Jangan suka buat andaian.So now, jelaskan? Bukan apa,taknak timbul fitnah je. Nanti jadi lain cerita pula kangg. Mulut tempaian boleh lagi ditutup TAPI mulut manusia ni bukan sebarangan mulut. Telajak traktor pun boleh gostan tapi telajak kata nk reves macam mana? BUT if AWAKAWAK nak fikir negetaf juga, its up to you. We did not cara but AWAKAWAK must thinking about feel orang lain okay? Makwe dia ke kann. Elok-elok jadi kawan tak pasal-pasal jadi lawan. Gare-gare siapakan yang menimbulkan perpecahan dalam segalaa keamanan? Hanya orang yang waras  mampu berfikir menggunakan akal dan mampu memikirkan perasaan orang lain dalam kurungan beperikemanusiaan dan jika sebaliknya? Do think yourself. Thankyou : ) Clean ! ><.<<
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Rabu, 17 Ogos 2011

 Assalamualaikum :)
 Wahai kawan-kawan yang lahir pada tahun yang sama denganku,1994! Tahun ini tahun kita tak beraya lahh! Raya kedua minggu kita da ada trial.Waaa! Gilaaa punya hotak. Baru lepas MIB 2 dah ada paper lagi.

 Tak tahulah nak kata apa, nak buka buku lagi rasa macam berat je, masih tak sedar lagi nak exm ni?Hayoo!! Afzanita pleasee lah wakeupp! SPM periksa besar ni, jangan main-main! Please think you parent, yourself. Ehh tolonglah rajinkan sikit badan tu nakSTUDY! STUDY STUDY!
 Serious, tahun ni tak macam tahun dulu-dulu, raya kena tinggalkan, happy-happy kena simpan dalam poket dulu. Okayy, kepada kengkawan yang ada spot soalan untuk trial, please SHARE :) Insya'ALLAH kurangkan beban. Otak nak ingat semua agak tuff lahh :( pleaseee .

 Hopefully trial will get the best result. Ramai yang kata trial lebih susah daripada real SPM? dulu, cumedengar orang cakap, now, kita sendiri yang rasa. Ouhhh, PEDIH!
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Adil Tak Adil, Biarlah! Huahua.

  Assalamualaikum WBT. Hai kawan-kawan! Ini cerita pasal keadilan. Opss,bukan pakatan okayy! Tidak sama sekali,i tak suka politik you know?! Huh.
 
 Malehh nak cakapbanyak,cuma nak kasi tahu dalam hal sesuatu hubungan kan, like couple. Perempuan mestilah harus lebihkan kawan a.k.a persahabatan dan tak boleh sama sekali melebihkan teman lelakinya. Jelas?

 Tetapi bagi lelakipula,harus melebihkan teman wanitanya berbanding dengan rakannya yang lain.
 Aiyakk! siapa punya hukum ni? Saya pun tarak tahu, tapi bagus what?! Hahaha.

 Konklusinya, persahabatan itu lebih penting daripada sesuatu hubungan dalam percintaan, walaupun kita ada pakwe "handsome" makwe "chun" tapi kawanlah yang paling cantik  dimata hati sebenarnya. Jangan lah mengada-ngada nak lebihkan special beloved korang tu yehh! Pakwe makwe boleh dicari merata-rata tapi kawan sukar dicari ganti. Elehhh, setakat pakwe makwe je pun, belum kahwin!! Boooohaaaa! :D
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Isnin, 15 Ogos 2011

Alhamdulilah, I get I get I get!

 Assalamualaikum. Alhamdulilah, akhirnya dapat juga apa yang aku nak selama ni. Wahh, suka gila tahap gaban lahh. Haha.
 Apalah benda yang suka sangat tu kan, haa tulah dia 'NETBOOK' haha! dapat free wehh. Untung tak untung? Bangga? Ofcourse lahh, beli mahal ouh. Rezeki depan mata orang nak bagi, ambik! FREE. Banyak cengkadak pulaa, asal hang buat muka? Jelous eh?  Kau ada? Takdekan? Hahaa. Janganlah terasa, gurau senda dibulan Ramadhan. Maybe tahun ni rezeki aku, tahun depan atau tahun lusa mungkin rezeki andaa lah pulaa : )
 So, kesempatan ni juga nak cakap thankyou very much to my mum sbb bertungkuslumus dapatkan tanda tangan Dato', kelam kabut pergi sekolah jumpa aku nak minta maklumat, pergi Office school semata-mata nak minta feks gaji ayah. Memang time tu kelam kabut gilalahh kann!
 Taklupoo juga sama my dad, ayah! Thankyou sbb petang-petang sanggup pergi rumah ketua kampung. Hehehe.
 Ohh, lagi lagi siapa yaa? Haa, Acik Ina, mak my besties, mak syiqin lahh. Tengs ouh sbb bwk mu mum pusing-pusing jalan pergi sekolah pastu buat suprise kat office siap buat annoucement lagi tu! Hahaha.
Ustzah Alifah, thankyou juga sbb buat penapisan pilih saya yaa :))
 Dato' Rahman and ketua kg Bt4,pula tak lupa juga, terima kasih sbb sudi tanda tangan borang saya yaa. hekhokk >,<
 Wehh kerajaan, ( sopannya bahasa ) terima kasih sangat-sangat sbb bagi sumbangan ni. Saya menghargai. Membakar semnagat nak belajar betul-betul ni. Aicehh, Aminn ~ Terima kasih semua. Alhamdulilah :)
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Ahad, 14 Ogos 2011

Dan pabila KAPLA naik fenink!

 Assalamualaikum! hai hoi, akhirnya kita berjumpa lagi sekian lama tak berjumpa. Update sekali lagi terus bulan puasa. Anyway, Salam Ramadhan : )
 Tak tahu nak cakap apa cuma nak cakap, kepala aku naik pening tengok blog aku ni. Sendiri punya blog pun aku tengok kepala otak aku serabut! Hoh =.= nak edit pun bukan terer sangat bab babb blog ny. haktuih! harap je budak ICT. hahahaha. grr, lastly, menghrapkan adik saudara mengupdatekan blog. Tapi, dia sendiri pn rupanya bergantung harap pada kawan dia. Akhirnya, terpaksa lah juga minta bantuan daripada seorang adik kecil ni. hahha. malunyee lahhh. Ehh, ada tak sesiapa lagi yang terer update blog? Lau ada kan, share lahh. teach me lahh. Pleaseee  >,<
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Ahad, 5 Jun 2011

Lama menghilang ?

Assalamualaikum WBT ( :
Hai kawankawannn ! ( : Rindu sama saya takk ? Tak rindu ? Haa . Tu kau punya pasal lahh nak rindu ke taknakk ! Ade aku kisahh ?! Haha . ** Grr , dlm hati Maluu :p Aihh , dah lama sungguh tak updated blog ni. Nak kata busy , busy kea ha ? Aih , busy lah jugaaa : ( Pasal busy tu lerr tak sempat saya nak mengupdatekan blog saya yg tak berapa nak cantik macm korangkorangg punyaa . Berhabukk sudahh blog aku ni . Sudah lah tak update , jenguk pun TIDAK . Aumm ! Lagipunn , tak tahu nak letak apa dalam blog ni . Nak story tentang problem , WOW ! MANA BOLEHH ! nononoooo ~ This my privately okay ! Kalau lah mulut manusia tu boleh ditutup , takpelahh jugaa . Ni kalau aku tulis problem dalam blog , bukan korangkorangg semua ni nak tolong , simpati pun kira da cukup BAGUS ! tapi ni takk , lagi korangkorangg ni nanti HEBOH kan kat orangorangg lain . Kankankannnn ?! korangkorangg ni memang teruk , kanKANKAnkann ?! haha . Auww ~ SAKIT ! janganlahh mrah : ) Chill >.<



 Hm , nak cierita apa ni wehh ?! Adoi, haa korangkorangg ni sihat tak ? Aku Alhamdulillah sihat walafiat . **tak tanya pun ! Elehh , poyo pulak korang kan ? Korangkorangg tak tanya lah aku volunteeer kasi tahu khabar aku . Karang RINDU pulakk kat aku . tertanyatanya habak aku pulaa : D hahaha . PERASANNYA KAUUU ! err , sorrysorry  : )
Tu jelahh eh buat masa ni . Nanti ada hot story , be continue ok ? Sorry yupp ada terkasar bahasa , mengadangada , menggedik ke apehh yang terasa hati tu . Nak salam tak dapat , yang LAKI mana boleh touch kann , soo perkataan MAAF dan SORRY sebagai peganti tangan , mulut dan diri  : ) Take caree .
Wassalam WBT .


Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Sabtu, 23 April 2011

No pain No gain !


Bercinta memang mudah,
Untuk dicintai juga memang mudah,
Tapi......

Untuk dicintai itulah yang sukar diperolehi,
Oleh itu,
Bercintalah dengan pelajaran,
Bertunanglah dengan mengulangkaji,
Berkahwinlah dengan peperiksaan dann
Bebulan madulah dengan
KEJAYAAN ( :

  Dipetik dari sebuah coretan text .


*************************************

Carilah ilmu sepanjang hayat, carilah ilmu yang  kekal dalam kehidupan, yang menemadunkan kita sebagai insan. Ilmu adalah segala-galanya. Janganlah sesekali menghentikan setiap langkah untuk menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Celikkanlah akal & minda. Beringatlah sesungguhnya ilmu itu tiada noktahnya sehingga ke Alam Barzakh. Ilmu Tiada Henti & Tiada Sempadan : )   Ingat Ingat !!

                                                                 Dipetik dari ,
                                                                   Yang ni aku punya ayat okay! :D

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Jumaat, 22 April 2011

Form Five !

 Dimulakan dengan Salam. Ehem , Assalamualaikum WBT ( : pekabo jangg? Dah lama kot tak 'update' blog. Huh! Yaww, busy gila lah! Kenapa sampai macam ni ouh? Adushh!


 Cerita tentang badan, hope biarlah slim. Hehe. Dah busy memanjang ni janganlah nak gemukk! Adoyy, susah lah nanti nak pilih saiz baju. Lagipun, badan dah lah tak tinggi manapun! Please my body, jangan mengembang lagi ya! Ketinggian taknaklah pulak menaik-naik! WootWoot*** ini kalau kawan aku baca ni, confirm kena panggggg 'tak reti nak bersyukur dengan apa yang dah ada!' winkkk ~ Syukurlahh : )


 Cerita tentang hidup sebagai pelajar sekolah. Hoh! Sekolah sekolah sekolah! Yess, FORM 5 is the best is the best is the bestt! Best sangat-sangat sebab always exam! Ya yaa, saya suka sangat exam. Huh! Ni baru je habis exam test kedua. Latihan berfokus 1 soalan dari PPD Klang. Haiyo! Soalan bolehlah tahan kot. Pecah hotak maa! Haritu baru saja habis test 1 soalan dari sekolah, tiba-tiba dah ada exam lagi. Memang sukanya lahh! ): Aih, latihan berfokus mahu gempak, sekali TIGA MINGGU! Hah, AMEKAWW! Dushh!


 Keputusan test 1 kan, ALhamdulilah, bolehlah tahan gempaknya tapi ada satu failed. Isk, tu kalau result SPM macam tu kan, except Chemistry tu setakat kepujian pun okay lah, isk confirm terus buat kendurilah! Nak minta my parents buat kenduri jugak! Eee, hope gilalah kawan-kawan and aku success SMP nanti. No no failed! Delete semua gred G. Amin ( :


 Ini lagi sangat membanggakan, baru saja semalam lepaskan hembusan nafas lega yang amat teramat, tiba-tiba kan .....kann................ dapat tahu lagi 09Mei nanti ni ada paper mid year. Ya Allah Ya Rabbi, sukanya lah! Exam, Exam, Exam, Exam! Macam ni ke form Five?! Ayoyo. Memang Terbaiklahh!
Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Rabu, 16 Mac 2011

SummerCamp Bijak Belajar ( SMART LEARNING )

Assalamualaikum WBT (:
 Salam Peace No War ! yeahh !
11, 12 & 13 Mac 2011 . Jumaat, Sabtu & Ahad.
Kem Bumi Jati, Jalan kebun, Klang.
Kem anjuran my AYAH pnye tmpt kerja. PKNS ! Kem yg terdiri oleh semua anak staf PKNS & sekolah anak angkat PKNS. Seramai 127 peserta yang menyertai kem ini.

 Ehem, hari pertama diberi kumpulan. Aku & syiqin ditempatkan dikumpulan yang sama. Wao! Haha. Mulanya memang tak dapat sama kout tapi disebabkan kebijaksanaan otak, kami samalah! yeahh! Pada mulanya mcm tak best jea team kitorang, tak sporting2 langsung! Huh, bad! Time diminta untuk melantik leader dlm kumpulan, mcm takde yang layak langsung! Tapi aku & syiqin terpandang sorang mamat ni yang agak mcm POYO! haha, nampak mcm bagus jee dan kami sememangnya nak dia jadi leader, nak uji si dia lah 'bagus sangatt kee' sbub nmpak mcm bagus jea! So, dia pun stand up and go ke depan. Aku & syiqin jusg tersenyum lebar : D ( sukenyee dpt kenakan org ) keh3 ! tyme to tak silap ada 14 org ahli dlm kumpulan kami. Leader dikehendaki memilih seorang fasi sbgi pandu arah kami dlm sepanjang aktiviti yg diadakan di kem nanti. Kami dpt seorang fasi yg dikenali sbgi abg ZulFadli  a.k.a abg Zul . Mcm apek ! hehe .

 After Solat Maghrib, ada minum2 siket lah. Tetibe dtg pulak seorang lelaki yg tk dikenali. Huh! lagi sorang mamat yg nmpk mcm bgus jee. Sape pulak???! dgn slumber duduk kat tmpt makan kumpulan kitorang. Syiqin ckp, nama dia Shaz. Oh, bdk baru koud. **abaikan . Aku borak2 gn leader. namenyee Faiz. Die ask sape bpk aku, aku ckplah Mahroji. Die ckp, tak kenal! Haha. Bile giliran die, dia tye , kenal tak Roslan Baharuddin??? Aku dgn smgt ckp , Kenal ! Ohh, Encik Roslan. Bos aya saya lah tuh. 1 pejabat lagi tuh. Haha. mcm tatau malu jee . Lepas tuh kannn ... Smpi dlm bilik kuliah, Leader kami, Si faiz ckp, ni kumpulan kita ada budak baru, pandang lah belakang. kami pun toleh. namanya shaz. Aku & syiqin ckp , dah tau dahhh..... Haha. Poyo betul !
  
Lagu team mula-mula :
 Synergy is hot to go
 H O T T O GO
 Aum ! is hot to go 2x
 Aum.... !

 Patu diubahsuai resepsi kedua :
 We areee .... ( solo )
 S Y N E R G Y ( one by 1 )
 SYNERGY ( ramai-ramai )
 is hot to go 3x
 Aum ! ( laki )
 Aum ( perempuan )
 Aum!!! ( bergabung )
 Tepuk2 semangat , tepuk due kali, tepuk sekali .
 Tepuk synergy boleh .
 Boleh boleh boleh boleh boleh ... yeaaaaahhhhh !
 ( Serius rindu gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Bila rindu aku nyanyi lagu ni terbayang muke korangg )

Geng kami selama 3 hari 2 malam :
  • af
  • syiqin
  • shaz
  • reez
  • thirah
  • dyana
  • echa
  • ilham
  • dino
  • izad
  • amal
  • amidah
  • jyha
  • faiz
  • haziq ( yaa'aa'auw! )
Malas nk ckp byk dahh ! haha .
Cume nak ckp, orang yang disangkakan POYO sebenarnya best best belaka .
Tulah pepatah org putih berkata DONT JUDGE bOOk by A cover !
Padahal semuanya baik baik & sporting.
Bile da terpisah, RINDU pulaaaa . Nie lah manusia : (
Aku R I N D U korang semua tahap GABAN ! Aku nak sgt jumpa korang sume . Nak mcm aritu. Taknak ada sorang pun yang tk jumpe walaupun si Dino! Dia pn byk sumbang marka dlm group kite smpilah kite pnye group dpt tmpt kedua. Even kalah, takpe weyy, kite da usaha. Masalah sekarang ni, yang anak staf PKNS tuh, tak kisahlah! Boleh jumpa lagi anytyme if PKNS ad buad pape, kite meet eh? Tapi yg sekolah anak angkat tuh HOW ????!!! dah lahh stay jauh-jauh ! Isk! Aku pulak dah ;ah bukan kaki hang out boleh kua kua ! Rumahlah tmpt aku menghbiskan masa. Korang take care lah ekk. Facebook kan ada, kite hello2 kat citu jelah nmpknyee . If ade jdo, kite meet lah nt. Biarlah takdir & waktu yang menentukan segala-galanya. Take care guys! Miss you & Iloveyouuuu alll ! Hahahahahahahahahahahaha ... ekkkkk ~

::::: Persahabatan adalah segala-galanya. Walaupun berjauhan ianya tetap dekat dihati. Takkan putus walau ianya sejauh dinegara matahari terbit. Walaupun kita punya couple, sahabat tetap penting kerana sahabat adalah teman SETIA ! Mudah untuk dikenali & susah untuk dilupai. hargailah rakana anda sebaik mungkin sebelum ia diambil oleh Ilahi . Tenung Termenungkan dan selamat Dihayati ! Yassalam ..



Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Ahad, 20 Februari 2011

Oh Ferra !

 Ferra ?! Siapa? Apa? Dia bukanlah part of my family. Kawan? Hem, lagi lah bukan! Musuh? Hoho. What do you think? Dia adalah sugar glader! Haha. Gosssshhhh~


Mana dapat? Curik kat rumah Pak Man. **tett. Heyy, jahat sangat ke saya ni nak mencuri-curi hak milik orang lain hah? Ferra adalah hak jagaan rasmi tuannya yang bernama Ahmad Kamarul Nizam. Haha. Hah, siapa pula itu? Dia ni manusia yang mungkin agak pelik. Sentiasa sibuk dengan kerja, kerja dan kerja! Masa tengah obses dengan binatang ni, sibuk nak beli, nak beli! Orang kata takyah, tapi dia buat tak peduli. Kononnya haiwan ni jinak. Interested sangat-sangat! Konon boleh buat teman bermain sama-sama lah. KONON !  Punya lah suka! Bila dah sibuk dengan hal dunia, si teman pun dilupakan. Alasan, tak sempat nak main dengan Ferra, tak sempat nak bagi makan dan senang cakap tak sempat untuk segala-galanya untuk menjaga Si Ferra. Oleh itu, si tuan pun mengalihkan hak penjagaan sementara kepada saya lahh. Mungkin saya ada masa untuk spent time dengan Ferra. Mungkin!

 My buddies said, so sweet! Why? katanya sebab si dia bagi pet kat saya. Haha. Pet saja pun, sweet ke? Bukan bagi pun cuma hak jagaan sementara. Die tetap tuan kepada Ferra. Actually, you all better sweet than me lah :'( Huhu. Don't said like that. You make me jelousy! Argh. forgetitt! yeahh.

 So now, saya ada 4 ekor pet. 3ekor ikan yang menarik dan seekor sugar glader yang chumel dan melucukan. Harap maklum. My buddy said gain, take care of glad like you take care ur hubby. haha. yuhk ~
I will. Insya'ALLAH.

 Maaf ya andainya coretan ini diselitkan dengan si dia. EHEM! Andai katalah kau menykiti hatiku, akanku pecet-pecet sampai penyek kau punya Ferra! Haha. Kau ingat tu! HAHAHA :'D

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Isnin, 14 Februari 2011

Maulidur Rasul.


Meh! bersama-sama kita memahami erti kelahiran nabi dari segi Iman & Hati bukan sekadar kata-kata dan ucapan.
Salam MaulidurRasul.
۱٢ﺭﺒﻳﻊﺃﻷﻮﻝ ۱٤٣٢ﺤﺞ

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Family Day.

 Assalamualaikum WBT :)

Sedang semua orang sibuk cerita mengenai masalah FRIEND & BOYFIE, saya pula sibuk dengan cerita kebahagian tentang family saya. Saya bangga menjadi keluarga Mahroji & Maulinah. Haha! Beryukur sangat-sangat! Alhamdulillah. Batak ke saya? Ya, memang batak! Sebab saya bukan macam orang lain yang boleh sukasuki keluar HANG OUT bersama kawan-kawan yang lain. Tidak! Saya tidak boleh! Kekangan yang diberikan oleh mereka saya patuhi kerana mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tengoklah, walaupun saya tidak dapat HANG dengan kawan-kawan, tapi saya dapat keluar dengan keluarga yang tercinta! Haha. Bangga tahu! **tett. (Keluar dengan ibubapa & kawan-kawan mana sama) isk, taknak dah fikir macam ni. Family lebih selamat. Terima Kasih ayah, mama. ILOVEYOUSOMUCH!

Berharap sangat-sangat kami sekeluarga terus bahagia. Berharap juga belaian dari seorang abang ynag memahami saya dan saya juga ingin menjadi seorang kakak yang baik budi pekerti serta memahami adik-adik. Insya'ALLAH. Sibling yang terbaik ya! Amin Ya Rabbal Alamin ((:

Saya, Mama, Ayah & Adik yang paling kecil & paling besar ( Haikal )

Adik-adik saya. Izad & Haikal

Tak lupa juga abang saya, Afif.

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Ahad, 6 Februari 2011

wao, great !

 Yassalamm (:
 Hari nie, hari apa eh? hoho. Hari Ahad. Last cuti, esok sekolah! huhu. Tak sukanya! Hari Isnin pula. Hari yang paling lemau bagiku. Hukhuk! Taksuketaksukee!
 Btw, hari ni macam best saja! Macam???! Ohh, bukan macam tapi memang ya ya yaaa ! Hang out bersama my beloved family! Haha. Hang bersama family is so great better than member lah! Haha. Mcm lah pernah hang dengan kawan, poyo saja kamu. Hang di Jusco saja! Tapi mmg best. Hihi.
 Tujuan nak cari baju, baju for family sedondon. Nextweek ada family day kat tmpat kerja ayah jadinya ayah pun bikin lah rancangan yg kami sekeluarga mahu pakai semua sama warna untuk menampakkan vought gitu. Wee~
 Jadi, pilih punya pilih punya choose punya choose, my super heroes tertarik dengan colur orange! So, i must follow his request lah! Alah, baju perempuan warna oren tak lawa lahh! Kemudian, suruh lah my angel that is my mumma to choose dress for me. Pilihan mama lebih sweet kan? Yess, mama pilih yang terbaik! Thank You mumma.
  Crik pula baju untuk mama dgn ayah, hemmmm.. Takde yang berkenan pula! Ayah pun dah blur. Haha. Ayah memutuskan keputasannya ntuk cari kat tempat lain. Then, berjalan jalan lah. Terpusing sana, terpusing sini, haha! Suda macam Jusco Ana yang punyaaa! HAHAH!
 Pilihan saya yang most exactly! Yeah, dikedai itu ayah. Disitu! Yess, dapat pun. Orange colour! Sweet sweet ((:
 Ilikeeee wedges's shoes! Eh, betul kea spell ni? Main shoot je. Haha. Tak kisahlah :p Last week, mama ada beli kasut tuh, lawa sangat sangat! Tertarik! Saya mahu jugaa! Haha. Ajak mama mencari cari, tak jumpa! memang cam ni lah adat kan? Kalau dicarik, mesti takkan jumpa. Tapi bila kita taknak tuh, berlambak-lambak! Urgh!
 Bila ayah paid park, tanya sama mama. "Pergi tesco, boleh?" mama answer,"Tanyalah sama ayah". grr. takut takut! Hoho. Beranikan diri. "Ayah, pergi Tesco boleh?" then ayah answer, "Ok, boleh.' ( Alhamdulillah )
 So semua ada! Baju ada, kasut ada. Hoho. Shopping habis? Tidaklahh! Bukannya kerap dapat benda benda camni. Jangan jd MR or MRS misunderstood okay? Tak baik tau! Dose, Tuhan marah :p

 ::: Ayah, Mama, Terima Kasih untuk ::::
- Baju, Kasut, Tudung - Thanks Alot yaa. ILOVEYOUSOMUCH!
Maaf jika menyusahkan tapi Insya'ALLAH akan buat yang terbaik demi penghargaan ni, insya'ALLAH (:

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Jumaat, 4 Februari 2011

who' s you without ur parent ?

Siapa kita? Hamba Allah.
Dari mana asal usul kita? Tanah.
Siapa kita? Anak anak Adam.
Siapa kita selepas Allah dan Rasulullah? Ibu.
Selepas itu? Ibu.
Selepas itu? Ibu.
Selepas itu? Ibu.
Selepas itu? Ayah.
Bayangkan kita tanpa mereka? Ada ke kita kat dunia ni? Ada ke kita berada di blog, facebook dan blablabla? Ada? dapat ke kita tengok semua ciptaan Allah nie? ada? ada? ada tak??! jawablah!
Tanpa mereka, takkan ada kitalah! Okelah sempoi pakai bahasa remaja zaman sekarang yaw. Ehemm...

  Cuba flasback hidup kita mase kecik kecik dlo. Kita pnye tapak kaki ny sebesar dua jari ibu kita jee, tak caye tanyalah makbapak kita. Mereka ukur tao! Sebab meraka sangat ambil berat pasal kita, sihat ke kita, cukup ke sifat kita, semuanya die check! Mase kecik kecik apa kita minta, semua dia bagi, semua die sediakan. Senang ckp complete! Fikir tak, darah yg mengalir skrg ny masih utuh disebabkan ibu kita berikan susu yang secukupnya pada kita? Mase kcik kcik ciwek gilee! siket siket nangis. Makbapak bersengkang mata nak pujok kita, nak marah pun tak buleh sbb anak sdri, lagi lagi bdk kcik, tatao pape!
Bile sakit, ngadu kat makbapak. Huhu, ibu.....saket... Ibu, demam.... Ibu.......dan segala bagailah! Makbapak pun kelam kabut nak ubatkan anak.
  Nie pulak tang mainan. Nmpak kengkawan ada mainan robot, nak jugak. Ada barbie doll, nak jugak. Ada teddy bear, nk jugak. Ada ultraman, nak jugak! Ada kete api bergarak yg berbunyi tonnnnnn, pun nk jugak! Dah rengek rengek kat makbapak mintak itulah inilah. Bile tak bg, merajuk lah pulaa! Nak taknak, makbapak ikut je kehendaknya. Sebab apa? sebab dorang sayang kita, dorang taknak kita ni kurang daripada org lain, diorang taknak kita kurang apa apa pun. Diorang nak yg terbaik untuk kita.
  Bagi diorang, takpelahh. Duit boleh dicarik lagi. yang penting kebahgiaan anak anak, kasih sayang. Diorang berharap sangat sangat bila kita dah besa nanti kita akan jadi anak yang diorang impikan. Soleh & solehah. berpendidikan, berjaya dalam hidup dan menghormati orang tua. Diorang selalu pesan, 'nakk, kau belajarlah leklok, belajar sampai berjaya yee. Tak kisahlah kalo nak msuk U nanti kena pakai kos banyak. Duit boleh dicarik. janji kau manfaatkan peluang yang ada ni. Biarlah kita susah skrg, bersenang d kmudian hari. Kalau takde ilmu, sape yg boleh tlog kau ntuk hdup pd mse akan dtg? skrg nie mak/ayah bolelah tlog. tapi bile kmi dah takde, sape yg nk tgok2 kan kau nt? ingatlah pesan mak/ayah nie nakk..'
   Then, kita sedar tak yg skrg ni kita dah capai tahap dewasa kelak? Ada tak ciri ciri yang makbapak kita nak tuh? Dah ade? Dah balas jase makbapak kite? dah? kalau dah, tipulah! Jase makbapak kita ny tak bole dibalas dgn apepun! Kite cume boleh bahagiakan mereka dgn kjayaan & buat mereka sentisa bahagia. Tapi kita ny ade bahagiakan die atau menderitakan perasaan die? Jangan lah rasa diri kita ny da cukup baik pada mereka sbb kita tak tahu perasaan mereka.
  Kesimpulannya, jangan nak rasa diri tu dah cukup perfect ntuk makbapak kita ok! Masih banyak lagi kekurangan yg kita ada untuk mereka ... Smpai mati pun kalau kita tak pernah nak buad diorang tersenyum untuk apa yg diorang harapkan pada kita, kita bukanlah anak yang terbaik untuk diorang. NOKTAH!

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

iS Long timE not see !

 Assalamualaikum WBT .
Suda terlau lame juge tidak menjenguk blog. Mungkin sudah sebulan lebih? yaa, bukan sekadar mungkin tapi sudah sememangnya kenyataan. Sejak Tahun Baru lagi, sampai tak sempat nak ucap Tahun Baru. Anywayy, SELAMAT TAHUN BARU ! ketinggalan.. sekarang pun dah masuk bulan FEBRUARI. wahh! cepatnya masa berjalan. Pantas! Semakin tua! Kesempatan ini nak mengingatkan, jangan terlalu bergembira degan tahun tahun yang baru ( mendatang ) kerana ia mendekatkan kita dengan hari akhir dunia. Usia kita pun makin lama makin banyak kita collect, tapi jangan banggalah dengan ulang tahun kelahiran sebab makin banyak umur kita makin singkat hidup kita kat dunia ni. Hoho. tapi apape pun enjoy ur time dengan somthing yang benefit okay? jangan sampai lupa asal usul mu sudah! Ingat lah pada mati & Ingat juga pada Allah.
 Beringat-ingatlah sebelum kamu dibungkus. wassalam..

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

Rabu, 29 Disember 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010.

 Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010 di antara Malayisa dan Indonesia malam td di Stadium Gelora Bung Karno smlm menyaksikan perlawanan hebat yg ditunggu-tunggu oleh selruh rakyat Malaysia, Indonesia & seluruh dunia! Taniah sekali lagi kpd Skuad Bola Sepak Malaysia ( Harimau Malaya ) di bwah kendalian K. Rajagobal kerana berjaya merangkul Juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama!
pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu.
Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Malaysia vS Indonesia : 1-2
Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 : Mohd Safee Sali (Malaysia) - 5 gol
Pemain terbaik perlawanan : Firman Utina (Indonesia).

Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu. Bagaimanapun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Sang Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.

Taniah yeap kepada semua skuad Bola Sepak Malaysia atas kerjasama anda semua!

Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .

SAFEE SALI & KHAIRUL FAHMI HERO HARIMAU MALAYA .


 Oh, Safee Sali! Mohd Safee Mohd Sali. berasal dari Kajang, dilahirkan pada 29 Januari 1984 (26) Pemain bola sepak Selangor juga pemain bola Sepak Malaysia. Beliau memakai jersi bernombor 10. Safee Sali juga terkenal sebagai pemain yang byk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Beliau telah mendapat piala Soccer Award pada malam Kejohanan Piala AFF Suzuki Cup. Justeru tutut menjayakan pasukan Malaysia menjuarai perlawanan ini buat pertama kalinya. Taniah & Terima Kasih (:  ILIKEITSAFEESALI <3




 **HAHA! Tak lupe jugak kok sama ini keeper! Khairul Fahmi Che Mat pemain Kelantan juga pemain Malaysia. Beliau memakai jersi bernombor 22. Beliau dikenali sebgai keeper terbaik yaww~ Cekap & Tangkas menangkap bola. Ketika bola mendekatinya, dengan cepat, cekap & efisyen beliau mendakap bola dengan erat-erat, ketat-ketat supaya bola tidak sesekali lepas dlam dakapannya. Beliau bijak membaca pergerakan pemain yang ingin menjaringkan goal! Taniah (: Teruskan usaha menjadikan Malaysia pemain terbaik dunia. Chaichai :))


MALAYSIA BOLEHHH...........!


Dah Bace ? Sila Tekan button kat Bawah ni .